dSundayShoes

... Tempat aku nak share dengan korang apa aktiviti.. pendapat..dan pandangan aku tentang apa saja...

Saturday, 31 August 2013

Recce Track Jambori MTB Tg. Malim 2013

31 Ogos 2013

Tarikh merdeka ini aku bersama 3 orang geng-geng Tmbikers dan 1 orang staf Majlis Daerah Tg. Malim (MDTM) dengan berbekalkan kuda besi.. sebijik KTM250.. sebijik Honda CRF 250 ... Kawasaki KX 100 .. Demak DTM 150 dan aku Kawasaki KLX 150 ..(pinjam bos punya) meredah jalan raya dan hutan belantara untuk mencari track jambori Tg. Malim yang bakal di adakan pada 6 Oktober 2013.

Lebih kurang jam 9.30pg kita orang berkumpul kat depan pejabat MDTM .. lepas hisap rokok sebatang dua.. kita orang berlepas mencari haluan untuk peserta2 jambori nanti. Sebenarnya track tu ada ada.. cuma nak kira millage je..

Nak cerita pengalaman aku bawa moto offroad mmg lawak dan seram la.. 1st time le katakan.. kalo di ikutkan hati dia org yang dah expert tu.. mmg aku kena tinggal sorang-sorang dalam hutan belantara tu... huhuhu.. tp alhamdulillah.. aku selamat keluar dari hutan tu dgn sihat walafiat..moto pinjam pun tak cedera.. walaupun nak cium selut dan pokok dalm hutan tu 2-3 kali juga..tu la untungnya bawa moto slow2... hahaha

Dalam jam 2.30ptg kita org sampai semula ke pejabat MDTM dgn keadaan perut yg maha lapar.. Track Jambori dapat dlm 45km secara kasarnya.. akan di olah semula oleh geng2 teknikal trek dari TM Bikers iaitu Dr. Izani dan Abad untuk menjadikannya 50km. So far track tak X-treme sgt.. tak mcm track UPSI X-treme Rainforest Jambori.. track ini lebih santai... boleh enjoy..DH pun panjang-panjang..tak de climbing yg gila-gila sgt.. cuma road byk sikit la...senang cerita.. Demak DTM pakai tayar slick pun bole lepas dengan jayanya..

So jumpa di Jambori MTB Tg. Malim nanti... 3 bijik motor menanti sebagai cabutan bertuah!!!

Ini saja gambar yang aku sempat ambik.. hahaha.. time dalam hutan tak sempat ambik dah...


Dari kiri .. Dr. Izani (TmBiker), Azri(AO) MDTM, Fakhrul (sepupu Dr. Izani) Abad (TMBikers)


Tu dia kelihatan KLX pinjam di situ.. Kredit kat bos aku yang ketika ni ada kat US tgh dok main Kayak